August 4, 2011

Kalam Ramadhan dari NC



Bismillah wal hamdulillah.
Syukur kerna kita masih dipertemukan dengan Ramadhan yang mulia. Tidak ramai yang dapat melalui bukan yang padanya penuh dengan seribu keberkatan dan rahmat dari Nya, lihat sahaja berapa ramai yang dijemput Allah dalam masa 11 bulan lalu, samada dalam kalangan keluarga kita sendiri, atau saudara seIslam amnya.

Di bulan yang penuh barokah ini, marilah kita sama-sama pulun melakukan amal kebajikan samada yang pernah dilakukan atau yang tak pernah dikerjakan sama sekali. Sebenarnya inilah masanya kita mengekang hawa nafsu yang tak pernah haus sementara syaitan-syaitan telah diikat. Sememangnya kita akan rasa lebih ringan untuk melakukan amal ibadah, cuma tinggal untuk melawan hawa nafsu yang mungkin kurang biasa melakukan perkara yang baik dan bermanfaat.

Sesungguhnya ini peluang kita melatih diri melakukan amal kebaikan dan kebajikan. Banyakkan bersedeqah, membaca al-Quran, banyak mendiamkan diri daripada berkata yang sia-sia, boleh mula tutup aurat bagi yang belum, serta mengamalkan sunnah berpuasa dan bersahur serta berbuka seperti yang dianjurkan Islam. Boleh juga kurangkan mendengar muzik yang menjauhkan dan menutup hati kita dari hidayah Allah. Kita sendiri tahu apa ia. Setiap amalan akan diganjar berkali ganda. Jadi mari kita penuhi hari puasa kita dengan amalan kebaikan!

Sebelum menamatkan tinta, suka sekali untuk saya berkongsi dengan sahabat sekalian keslapan kerap kita-kita dalam bulan Ramadhan. Boleh ke sini dan ke sini. Akhirul Kalam, moga Ramadhan kali ini memberi seribu makna bagi kita semua. Biar sedikit asal dapat diteruskan pada bulan-bulan seterusnya. Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza. Hingga bertemu lagi di masa akan datang inshaAllah. Jaga diri hiasi peribadi. Wassalam :)

No comments: